PASUKAN gimrama negara akan tampil bergaya dengan pakaian yang bernilai antara RM3,000 hingga RM4,000 sehelai pada Sukan SEA Ke-29 sewaktu saingan acara itu nanti. BERNAMA

Oleh yang demikian, pasukan gimrama negara akan tampil bergaya dengan pakaian yang bernilai antara RM3,000 hingga RM4,000 sehelai pada Sukan SEA Ke-29 sewaktu saingan acara itu.

Timbalan Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia, Petrina Low berkata, pakaian yang cantik bersinar dengan perhia­san direka khas pereka dan tukang jahit tempatan, bakal membangkitkan semangat di gelanggang acara gimrama.

“Sebenarnya batu permata perhiasan di setiap helai baju gimrama yang mahal, menjadikan lebih cantik apabila dipersembahkan di gelanggang nanti,” katanya ketika ditemui Bernama di MITEC dekat sini.

Low berkata, warna setiap pakaian bagi atlet negara yang akan berentap harus bersesuaian dengan alat dan muzik yang digunakan untuk membantu persembahan atlet.

Beliau turut menjelaskan semua pakaian yang dipakai oleh enam atlet negara dalam acara berpasukan dan empat bagi acara individu di gelanggang adalah pilihan tiga jurulatih kebangsaan mengikut personaliti seseorang atlet.

Skuad gimnastik berirama negara meletakkan sasaran untuk meraih enam daripada lapan pingat emas yang ditawarkan. – BERNAMA