Menurut laman web kejohanan www.2018wmc.worldbowling.org, mereka menewaskan pesaing dari Amerika Syarikat, EJ Tackett-Andrew Anderson 433-370 pada final.

Terdahulu dalam separuh akhir, Ang-Tun Ameerul Hakim menang ke atas pemain Kanada, Dan MacLelland-Francois Lavoie 458-412.

Pingat emas pertama Malaysia diperoleh melalui Muhammad Rafiq Ismail, yang menjadi pemain boling negara pertama memenangi acara perseorangan dalam kejohanan itu sejak 1979, selepas mengalahkan Dan MacLelland, semalam.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas dalam Kejohanan Boling Lelaki Dunia ialah pada 1979 menerusi acara trio yang diwakili Allan Hooi, Edward Lim dan J.B. Koo. - BERNAMA