Berdasarkan rekod, pemain Sepanyol itu telah menjuarai kejohanan ini pada edisi 2010 dan 2013.

Kejayaan itu menyaksikan Nadal sudah memenangi lima kejohanan tahun ini untuk melengkapkan kejuaraan ke-74 sepanjang kerjayanya sekali gus mengumpul hadiah kemenangan sebanyak 90 juta dolar (RM377.74 juta) secara keseluruhan.

Bagaimanapun, ia hari mengecewakan buat Anderson yang masih memburu kejuaraan pada penampilan sulungnya di pentas final Grand Slam selepas 34 kali mencuba.

Pemain di ranking 32 dunia itu, muncul pemain Afrika Selatan pertama layak ke final dalam kejohanan di AS sejak Cliff Drysdale melakukannya pada 1965 dan Johan Kriek di Terbuka Australia pada 1981.

Sementara itu, pencabar utama Nadal, Roger Federer yang menjuarai Terbuka Australia dan Wimbledon masih mendahului carta dengan mengumpul 19 kejuaraan Grand Slam. - AFP