Malaysia yang gah dengan tiga kilauan emas iaitu menerusi acara dressage berpasukan dan individu serta show jumping berpasukan sebelum ini terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dan gangsa dalam acara itu.

Perak diraih pemenang pingat emas bagi acara yang sama pada temasya Sukan SEA di Singapura dua tahun lalu, Sharmini Christina Ratnasingham manakala gangsa milik atlet berpengalaman negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil dalam penentuan secara ‘jump-off’.

Akur dengan kekalahan itu, Sharmini bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya.

Sementara itu, Qabil juga senada dengan Sharmini dan bersyu­kur kerana masih berpeluang menaiki podium meskipun terlepas kilauan emas yang amat berharga.

Pada masa yang sama, pemenang tiga pingat emas Sukan SEA bagi acara show jumping individu itu turut mengakui kejaguhan Syquia kerana memiliki kuda yang lebih bertenaga.

Jika dinilai secara keseluruhan, kem eku­estrian negara berada pada tahap cemerlang apabila menggondol tiga pingat emas, dua perak dan satu gangsa berbanding pencapai­an satu emas, satu perak dan satu gangsa pada temasya di Singa­pura yang lalu.