Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Felicia mahu lebih tenang tanpa tekanan

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Status sebagai penyandang pingat emas acara 100 meter, 200m dan 400m tidak langsung memberikan tekanan kepada ratu pecut paralimpik negara, Felicia Mikat yang akan beraksi dalam kategori T13 (masalah penglihatan) dalam Sukan Para ASEAN 2017 yang akan membuka tirainya 17 September ini.

Felicia Mikat

Kata Felicia, 18 tahun, ketika ini dia hanya memikirkan untuk melakukan yang terbaik dalam tiga acara yang disertainya sahaja kerana tidak mahu terlalu yakin dengan pencapaian lalu.

Tambah atlet dari Tambunan, Sabah itu, persediaannya untuk menghadapi Sukan Para ASEAN 2017 berjalan dengan baik malah berjaya mempamerkan peningkatan positif semasa latihan.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan tiga pingat emas yang lalu dan jika ada rezeki, tidak mustahil saya mampu mempertahankan kemenangan itu.

“Ya, sudah tentu saya ingin melakukan yang terbaik kerana ini adalah penyertaan paling is­timewa saya berikutan dapat beraksi di negara sendiri da­lam masa sama saya mahu berkongsi ke­gembiraan dengan seluruh rakyat Malaysia jika berjaya meraih pingat emas,” katanya kepada pemberita sewaktu sesi latihan di trek mini Majlis Sukan Negara (MSN), sini, hari ini.

Felicia adalah antara sandaran skuad olahraga paralimpik negara untuk mendapatkan pingat emas dalam acara pecut selain Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam kategori T36 (cerebral palsy).

Olahraga paralimpik negara meletakkan sasaran 40 pingat emas daripada 133 acara dipertandingkan sekali gus bakal menjadi lubuk pingat emas buat kontinjen Malaysia.

Saingan olahraga Para ASEAN 2017 akan bermula pada 18 hingga 22 September ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain