Pemain berusia 35 tahun itu membuat penampilan menakjubkan pada musim ini selepas terpaksa berehat selama enam bulan ekoran pembedahan lutut tahun lalu apabila memenangi Terbuka Australia pada Januari lalu, dan tidak tewas walau dalam satu set sepanjang kejohanan Terbuka BNP Paribas.

“Saya sudah menjangkau jangkaan saya. Sasaran saya adalah untuk berada dalam kelompok lapan pemain terbaik. Impian saya baharu sahaja bermula. Saya faham cakap-cakap mengenai saya untuk merampas semula kedudukan No. 1 dunia dengan Andy (Murray) serta Novak (Djokovic) tidak bermain dengan baik.

“Saya cuba untuk melakukannya namun ini adalah kejohanan saya yang ke-90 jadi saya perlu menikmatinya terlebih dahulu,” kata Federer yang melonjak ke tangga keempat dunia daripada tangga keenam. - REUTERS