Bagaimanapun, jaguh ­Switzerland itu bertindak melarang isterinya, Mirka daripada bercakap dengan wartawan tentang apa juga topik.

Ramai yang tidak tahu apa sebenarnya berlaku kepada Mirka, 40, atau nama asalnya Miroslava Vavrinec sedangkan suatu ketika dulu dia sendiri seorang pemain tenis profesional yang pernah beraksi dalam kejohanan Grand Slam.

Wartawan sukan Switzerland, Simon Graf baru-baru ini melancarkan buku mengenai Federer dan mendedahkan, pemain tersebut mengawal ketat isterinya sejak 10 tahun lalu.

“Roger suka mengawal kea­daan, dia tidak mahu semua orang dalam pasukannya ba­nyak bercakap.

“Pakar fisio, Daniel Troxler tidak bercakap, (jurulatih) Ivan Ljubicic juga tidak bercakap, begitu juga Mirka.

“Hanya Severin Luthi (ketua jurulatih) bercakap. Saya fikir, mungkin itu perkara yang bagus (buat Luthi) kerana selama ini dia sering dipandang rendah, sekarang semua tahu, dia adalah orang penting buat Roger.

“Biarpun pasukannya tidak banyak bercakap, namun Roger sering berkomunikasi dengan mereka.

“Mirka juga tidak ada akaun media sosial dan jarang berinte­raksi dengan peminat,” tulis Graf.

Federer, 38, berkahwin de­ngan Mirka pada 11 April 2009, dan pasangan itu kini dikurniakan empat orang anak - kembar seiras perempuan (berusia 9 tahun) dan kembar seiras lelaki, 5 tahun. – AGENSI