Keputusan pemain dari Switzerland itu menjadikan ini tahun kedua berturut-turut dia tidak beraksi pada Terbuka Perancis. Tahun lalu dia menarik diri kerana mengalami kecederaan.

Bagaimanapun ramai yang melihat langkah juara 18 kali Grand Slam berusia 35 tahun itu tidak menyertai Terbuka Perancis kerana menyedari sukar untuknya menang apatah lagi Raja Gelanggang Tanah Liat, Rafael Nadal, 30, dari Sepanyol kini sedang berada di kemuncak prestasi. Federer hanya pernah muncul juara sekali di Roland Garros iaitu pada 2009. - AGENSI