Kemenangan percuma itu bakal menemukan juara empat kali tersebut dengan pilihan ke-17, Jack Sock dari Amerika Syarikat (AS) yang mengejutkan pilihan keempat dari Jepun, Kei Nishikori 6-3, 2-6, 6-2.

“Malang sekali saya tidak dapat bermain hari ini kerana masalah kesihatan.

“Setakat ini, kami mengesyaki masalah keracunan makanan dan saya berdoa ia tidak lebih teruk daripada itu,” kata Kyrgios menerusi laman sosial Twitter.

Pertembungan Kyrgios dan Federer dinanti-nantikan peminat selepas pemain muda berusia 21 tahun itu mengejutkan juara tiga kali berturut-turut, Novak Djokovic pada pusingan ketiga, semalam.

“Selepas terpaksa mengharungi malam yang tidak selesa akibat sakit dan saya perlu ber­aksi menentang pemain hebat seperti Roger, jadi saya perlu ber­ada di tahap terbaik.

“Saya tidak mengambil keputusan ini dengan mudah, perlawanan ini telah lama saya nan­tkan, tetapi saya tidak cukup cergas untuk berada di dalam gelanggang.

“Saya mohon maaf kepada peminat...tetapi saya perlu memberi keutamaan kepada kesihatan dan saya harap anda dapat memahami,” kata Kyrgios.

Federer turut mengeluarkan kenyataan menerusi Twitter dengan menyatakan sokonga­nnya kepada pemain muda Australia itu.

Sementara itu, dalam sai­ngan wanita, pemain No. 3 dunia, Karolina Pliskova menjadi mang­sa terbaharu di Indian Welles apabila ditunjukkan jalan keluar oleh pilihan kelapan, Svetlana Kuznetsova 6-7 (5/7), 6-7 (2/7).

Kuznetsova kini akan menentang rakan senegaranya dari Rusia, Elena Vesnina yang melangkah ke final selepas me­numpaskan bintang Perancis, Kristina Mladenovic 6-3, 6-4 di separuh akhir. – AFP