Federer, 37, yang kembali ke gelanggang tanah liat buat kali pertama selepas dua tahun tidak beraksi, dijadual menentang pilihan kelapan dari Greece, Stefanos Tsitsipas.

Bagaimanapun, bintang Sweden itu terpaksa menarik diri kerana dibelenggu kecederaan kaki kanan.

“Fizikal saya tidak cergas 100 peratus dan selepas mendapatkan pandangan pasukan, saya memutuskan untuk tidak meneruskan permainan,” kata Federer.

Pemain No. 1 dunia yang juga juara wanita Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan Australia, Osaka dari Jepun mengadu berdepan masalah tangan, sebelum mengambil keputusan menarik diri.

“Ketika bangun tidur pagi ini, saya tidak dapat menggerakkan ibu jari.

“Tangan saya juga amat sakit, jadi saya tidak pasti apakah saya masih boleh bermain atau tidak.

“Saya tetap turun ke sesi latihan dan memegang raket seperti biasa, namun saya rasa sakit setiap kali cuba memukul bola ke arah berlainan,” kata Osaka. - AFP