Berdepan pelbagai masalah termasuk kecederaan belakang dan lutut sebelum ini, pemain yang akan berusia 36 tahun itu bakal beraksi dalam kejohanan utama ke-70 dalam kariernya, yang merupakan satu rekod bersama, dan sekali lagi menjadi antara pemain pilihan dalam kejohanan berprestij itu.

Dia kini berada di landasan terbaik untuk merangkul kejuaraan kelapan di All England Club.

“Pemain seperti Roger sudah lama beraksi dan jelas sekali dia berpeluang untuk merangkul Grand Slam.

“Peluang itu hanya akan terpadam pada hari dia memutuskan untuk tidak lagi bermain.

“Sebagai pemain, kami berada di dalam gelanggang dan kami berpeluang untuk berlatih bersamanya.

“Dia telah menempuh beberapa tahun yang cukup sukar kerana me­ngalami kecederaan dan itu merupakan sebahagian daripada perkara yang perlu dilaluinya,” kata Stanislas Wawrinka yang merupakan rakan baik serta rakan sepasukan Federer semasa memenangi Piala Davis untuk Switzerland dan pingat emas Sukan Olimpik dalam acara beregu.

Dalam kejohanan Wimbledon tahun lalu, Federer terpaksa meninggalkan Centre Court pada set kelima pusingan separuh akhir selepas me­ngalami kecederaan lutut kiri. – AGENSI