Haas, 39, yang lebih tua daripada Federer, 35, menang 2-6, 7-6, 6-4 dalam aksi yang berlangsung di atas gelanggang rumput itu untuk menempah pertemuan dengan pemain senegara, Mischa Zverev pada pusingan ketiga.

Bagaimanapun Federer yang mendapat laluan percuma di pusingan pertama selepas 10 minggu tidak beraksi masih memegang rekod kemenangan 17-4 ke atas Haas yang juga merupakan rakan baiknya di luar gelanggang.

Namun kekalahan keduanya yang dicatatkan tahun ini sedikit memberi tamparan hebat kepada Federer menjelang kejohanan Grand Slam gelanggang rumput iaitu Wimbledon bulan depan. Pemain Switzerland itu sebelum ini mengelakkan diri beraksi pada kejohanan-kejohanan atas gelanggang tanah liat. - AFP