ROGER FEDERER akan berdepan dengan juara bertahan Florian Mayer dalam suku akhir Terbuka Gerry Weber
ROGER FEDERER akan berdepan dengan juara bertahan Florian Mayer
dalam suku akhir Terbuka Gerry Weber di Halle, Jerman hari ini.

Federer, yang sudah lapan kali juara di sini, bagaimanapun diberi tentangan sengit dalam set pertama sebelum menji­nakkan lawannya di gelanggang rumput itu dengan menggunakan pengalamannya.

Dia terpaksa melakukan lima servis ace sepanjang perlawanan selama sejam setengah itu untuk mengelak daripada tersingkir lagi di pusingan kedua se­perti dialami dalam Terbuka Stuttgart minggu lalu apabila ditewaskan Tommy Haas.

Pemain berusia 35 tahun itu akan berdepan juara bertahan Florian Mayer dalam suku akhir nanti. Terdahulu Mayer dari Jerman mara selepas menundukkan pemain Perancis, Lucas Pouille 6-7, 6-4, 6-3.

Seorang lagi pemain pilihan Kei Nishikori dari Jepun pula terpaksa menarik diri ketika sedang bertarung dengan pemain Rusia, Karen Khachanov akibat mengalami kece­deraan.

Ketika mengalami kecederaan punggung itu, Nishikori sedang ketinggalan 2-3 di set pertama. Khachanov kini akan menentang Andrey Rublev di suku akhir selepas lawannya itu menewaskan Mikhail Youzhny 6-0, 3-6, 6-3. – AGENSI