Kedua-dua pemain itu berdepan saingan pemain mu­da, Alexander Zve­rev yang berhasrat merangkul gelaran utama sulungnya. Bagaimanapun, persoalannya sekarang adalah kecergasan Rafael Nadal dan Andy Murray yang mampu menjadikan saingan lebih sengit jika mereka cergas sepenuhnya.

Nadal, 32, yang berada dalam ranking No. 2 dunia, menarik diri daripada kejohanan pemanas badan di Brisbane berikutan ketegangan paha kirinya, meskipun sebelum ini, bintang Sepanyol itu menyertai perlawanan pertunjukan di Sydney dan menegaskan dia dalam ke­adaan sihat.

Murray, 31, kelihatan berada di bawah tahap prestasi terbaik­nya sewaktu tewas kepada Daniil Medvedev pada pusingan kedua di Brisbane.

“Saya rasa jika kami sihat dan bermain bagus, empat pemain ini mungkin mempunyai peluang terbaik untuk memenangi Grand Slam,” katanya.

Bagaimanapun, jelasnya, generasi muda seperti Zverev, Borna Coric, Khachanov dan Tsitsipas masih mampu menjadi ancaman terbesar mereka. – AFP