Dalam saingan awal pagi tadi, juara tujuh kali, Federer mendahului 6-3, 3-0 ke atas pemain Ukraine, Alexandr Dolgopolov sebelum lawannya mengalami kecederaan buku lali dan menarik diri membolehkan kemenangan percuma diraih pemain dari Switzerland itu.

Sementara itu, dalam perlawanan antara Djokovic dan Martin Klizan pula menyaksikan Klizan terpaksa menarik diri selepas beraksi selama 40 minit ketika pemain Serbia itu mendahului 6-3, 2-0.

Keputusan lain menyaksikan naib juara tahun lalu, Milos Raonic, turut melangkah ke pusingan kedua dengan kemenangan 7-6(5) 6-2 7-6(4) ke atas wakil Jerman, Jan-Lennard Struff. - AFP