Federer yang juga juara tiga kali kejohanan tersebut mempamerkan rentak permainan sebenarnya apabila mudah menundukkan pemain Serbia, Dusan Lajovic dengan keputusan 7-6(0), 6-3, 6-2 sementara Djokovic memerlukan masa lebih 90 minit bagi menundukkan Adam Pavlasek 6-2, 6-2, 6-1.

Dalam pada itu dalam saingan awal pagi tadi turut menyaksikan insiden pemain Amerika Syarikat, Bethanie Mattek-Sands terpaksa diusung keluar akibat kecederaan lutut yang serius.

Mattek-Sands yang sedang beraksi di Court 17 menentang pemain Romania, Mattek-Sands tergelincir sewaktu cuba memukul bola di depan jaring dalam permainan set ketiga sebelum tumbang.

Insiden tersebut menjadi tumpuan apabila pegawai perubatan serta doktor kejohanan memberikan rawatan kepada Mattek-Sands di gelanggang lebih 20 minit termasuklah menyuntik ubat penahan sakit serta memberikan oksigen kepada pemain tersebut sebelum diusung keluar. - REUTERS