Media tempatan Filipina melaporkan bahawa pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Hal Ehwal Luar Negara Filipina yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA, Alan Peter Cayetano dalam sidang akhbar di Pasay City.

Sukan berkenaan diiktiraf oleh Persekutuan Sukan Elektronik Asia yang bakal menyaksikan sebanyak enam pingat emas di tawarkan dalam Sukan SEA 2019 melibatkan tiga acara iaitu dua menggunakan konsol dan selebihnya mobile dan komputer.

“Kami amat seronok, teruja dan berbangga kerana mempunyai eSports dalam Sukan SEA dengan kerjasama Razer.

“Sukan ini adalah sebahagian penting dalam masyarakat kini,” kata Cayetano. - UTUSAN ONLINE