Atlet renang para negara Muhammad Nur Syaiful memperbaharui rekod acara 50m lelaki gaya bebas S5 (kecacatan anggota kaki) selepas menamatkan persaingan dengan masa 34.09 saat (s) untuk memadam rekod lama milik perenang Vietnam, Vo Thanh Tung (35.56s) yang dilakukan di Guangzhou pada 2010.

Sementara itu, juara Paralimpik Rio, Ridzuan memenangi emas ketiga peribadinya selepas menjuarai acara lompat jauh T36 (cerebal palsy).

Ridzuan, 31, menang dengan jarak 5.49 meter (m) sekali gus memperbaharui rekod kejohanan miliknya 5.42m dan turut memadam rekod Asia 5.43m dilakukan atlet China, Yang Yifei di Beijing pada 2016.

Dua lagi emas diraih menerusi Nur Azlia Syafinaz Mohd. Zais dalam acara lumba basikal kejar mengejar individu wanita kategori B dan tenpin boling berpasukan campuran.