Shin Peng mengutip 9.48 mata mengatasi pencabar terdekatnya dari Sarawak, Elvic Bong Qian Zhen yang hanya ketinggalan 0.08 mata.

Gangsa menjadi milik atlet tunggal Melayu dari Terengganu, Mohamad Afiq Danial Mohd. Firdaus Chua selepas mengutip 9.38 mata.

;Sementara itu, bagi kategori wanita Melaka terus mendominasi pingat emas selepas Tammy Tan Hui Ling mengutip 9.44 mata untuk mengatasi Stephanie Ngu Chai Ern dari Sarawak yang ketinggalan 0.04 mata.

Gangsa menjadi milik Perlis menerusi Wong Kai Xin selepas mengutip 9.34 mata.

"Kami menyasarkan lima emas dalam sukan wusyu dan saya lihat prestasi atlet sasaran itu dapat dicapai. Harap mereka tidak melakukan kesilapan untuk aksi esok dan Khamis," kata pengurus pasukan Melaka, Yong Kheng Chien kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE