KUALA LUMPUR 30 Ogos - Tiada tandingan, mungkin itu istilah yang sesuai untuk skuad terjun negara apabila meraih emas ke-12 di Sukan SEA kali ke-29 menerusi gandingan Leong Mun Yee dan Traisy Vivien Anak Tukiet dalam acara 10 meter platform seirama wanita.
Duo negara mudah meraih kedudukan pertama apabila mengumpul markah tertinggi 300.36 manakala perak milik pasangan Singapura, Yan Lim Shen-Myra Lee Jia Wen (256.71) dan Thailand meraih gangsa menerusi Surincha Booranapol-Titiporn Tonapho (233.34). - UTUSAN ONLINE