Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sultan Mizan
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin tersenyum kegembiraan selepas menamatkan perlumbaan dalam acara kuda lasak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/FARID JANUDIN

SETIU 20 Ogos - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berjaya membantu skuad negara menambah koleksi emas selepas menjuarai kategori individu dalam acara endurance (kuda lasak) Sukan SEA ke-29 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu di sini.

Baginda melengkapkan trek bagi acara 80 kilometer dengan catatan masa 3 jam 48 minit 38 saat.

Sultan Mizan yang menunggang kuda bernama RTES Annaversary mencatatkan jumlah purata kelajuan 20.994 kilometer sejam sekali gus melebur rekod lama yang dipegang Sulaiman Muda dalam temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar menerusi 6 jam 26 minit dan 04 saat.

Seorang lagi penunggang, Mohd. Bulkhari Rozali pula muncul naib johan dengan catatan masa 03:48:40.

Manakala satu lagi emas disumbang dalam kategori berkumpulan menerusi Mohammad Fuad Hashim, Azizatul Asma Abdullah dan Mohd. Adhwa Embong dengan catatan masa 11 jam 31 minit dan 30 saat. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain