S.Sivasangari (kiri) menyumbangkan emas kepada negara pada perlawanan
S.Sivasangari (kiri) menyumbangkan emas kepada negara pada perlawanan
akhir squasy perseorangan wanita di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, semalam.

Lebih menarik strategi itu turut dikenakan terhadap rakan senegaranya, Rachel Mae Arnold dalam perlawanan akhir di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil di sini membolehkan Sivasingari menang 15-13, 13-11 dan 11-6.

“Saya gembira walaupun hanya kali pertama menyertai Sukan SEA kejayaan ini akan saya ingati,” katanya.

Sementara itu pemain lelaki negara, Ng Eain Yow menewaskan rakan senegara, Mohammad Syafiq Mohd. Kamal, 11-4, 11-9 dan 11-2 dalam tempoh 45 minit untuk menghadiahkan emas kepada Malaysia kategori perseorangan lelaki.

Namun bagi Eain Yow, kejayaan itu mengubat kekecewaannya selepas pasukan skuasy lelaki Malaysia tewas dalam peringkat separuh akhir kategori berpasukan pada perlawanan sebelah pagi.

“Apa pun emas individu Sukan SEA hari ini meletakkan karier saya pada landasan yang baik,” katanya.