Pemain muda Malaysia, Eain Yow yang menghuni ranking ke-77 dunia melakar kejutan ke atas rakan senegara, Ivan Yuen apabila dia menundukkan pilihan keempat itu dalam pertarungan sengit lima set 11-9, 8-11, 7-11, 11-9, 12-10.

Pemain berusia 19 tahun itu akan menghitung pertemuan dengan pilihan ketiga, Leo Au dari Hong Kong yang mengetepikan wakil Mesir, Mazen Hesham menerusi kemenangan 7-11, 11-5, 11-7, 7-11, 11-8.

Dalam aksi wanita, Sivasangari, 18, yang diletakkan sebagai pilihan keempat menewaskan pilihan kelapan dari Jepun, Satomi Watanabe 11-8, 6-11, 11-2, 11-7.

Pada perlawanan akhir, esok, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu akan turun ke gelanggang bertemu pilihan kelima, Milnay Louw setelah pencabar dari Afrika Selatan itu mencipta kejutan ke atas pilihan pertama, Zeina Mickawy dari Mesir 11-5, 6-11, 11-6, 12-10.