Dalam peringkat separuh akhir yang selesai sebentar tadi di Pusat Akuatik Maria Lenk, Pandelela berada di kedudukan keenam dengan 336.95 mata manakala Nur Dhabitah berkedudukan ke-11 dengan 307.65 mata.

Sebanyak 12 peserta akan bersaing dalam peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada pukul 3 pagi ini waktu Malaysia. – UTUSAN ONLINE