Pasukan kebangsaan yang dikepalai Anja Chong, Ashley Chin Sook Hui, Nor Marissa Alia Ahmad Lokman dan See Wan Ni See menyumbang emas setelah mencatat masa terpantas 5 minit 14.649 saat, diikuti Singapura (5:18.122s) perak dan Indonesia (5:24.05s) gangsa.

Terdahulu, Anja turut berjaya meraih emas dalam acara 1000 meter speed skating wanita di venue yang sama.

Atlet berusia 23 tahun itu menaiki podium pertama setelah mencatat masa terpantas 1 minit 48.835 saat, diikuti tempat kedua Cheyyene Goh dari Singapura (1:48.947s) manakala gangsa milik seorang lagi peluncur negara, Ashley Chin (1:49.321s). - UTUSAN ONLINE