Juara bertahan, Machang (Kelantan) menewaskan wakil Negeri Sembilan, Gemencheh dengan sembilan wiket di Bayuemas Oval. Parit Jawa dari Johor pula mengalahkan Ipoh dengan tujuh wiket di Kajang Oval.

Gemencheh bermula kurang baik apabila hanya mengumpulkan 48 la­rian. Machang hanya mengambil lapan over untuk mengatasi lawan.

“Kami bersedia untuk menguasai kejohanan ini lagi. Setelah Kelantan menjadi juara temasya MSS Malaysia, ini merupakan peluang terbaik untuk menggandakan gelaran,” kata penyelaras Machang, Zainuddin Harun.

Dalam dua perlawanan lain, Kuala Langat dari Selangor menumbangkan Kuching dengan tujuh wiket manakala Bukit Pe­taling (Kuala Lumpur) memeranjatkan Kota Kinabalu dengan lima wiket.

Kejohanan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 1999 bagi merebut Perisai Tun Ahmad Sarji itu turut menyediakan hadiah wang lumayan.