Dalam aksi di Sunway Mega Lanes, Muhamad Hairul Miran dan Noor Lizah Salman masing-masing menyumbang sebutir emas melalui acara perseorangan campuran TPB1 (cacat penglihatan) dan perseorangan wanita TPB8 (berkerusi roda).

Muhamad Hairul menang dengan 919 jatuhan pin menewaskan atlet Thailand V. Tangpoolpun (717) dan K. Kietkongtawee (686), manakala Noor Lizah meraih pingat emas selepas membuat 824 jatuhan pin diikuti seorang lagi atlet negara, Ruzila Mustafa (804) dan Rohayati dari Indonesia (679). - BERNAMA