Jafri Ngadirin

Pemangku Pengarah Bahagian Atletnya, Jefri Ngadirin berkata, keputusan itu dibuat selepas Persatuan Angkat Berat Malaysia (PBAM) mengesahkan perkara itu kepada pihaknya.

“MSN sangat tegas dalam hal ini kerana sudah berkali-kali mengingatkan atlet negara supaya menjauhi perkara yang menyebabkan mereka gagal ujian doping,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Difahamkan dua atlet berkenaan yang pernah meraih kejayaan peringkat kebangsaan dan antarabangsa gagal ujian doping yang dijalankan Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) di Bukit Jalil pada bulan lalu ketika mereka sudah berada di China untuk menjalani latihan.

Seorang daripada mereka dikesan positif methandienone manakala seorang lagi gagal selepas sampel air kencingnya mengandungi nandrolone.

Kedua-dua bahan itu dikategorikan sebagai steroid dan dilarang penggunaannya sepanjang masa termasuk di luar musim pertandingan.

Sementara itu, Presiden PABM, Datuk Ong Poh Eng berkata, pihaknya masih tidak boleh mendedahkan nama atlet berkenaan buat masa ini kerana perlu menunggu ujian sampel B.

Menurut beliau, ujian itu akan diadakan dalam tempoh dua minggu akan datang dan jika didapati positif, kedua-duanya termasuk seorang yang pernah bergelar juara kebangsaan berdepan hukuman pegantungan selama empat tahun.

“Bagaimanapun, ketiadaan mereka tidak akan menjejaskan pasukan kerana kita masih mempunyai ramai barisan atlet yang boleh dihantar menyertai pelbagai kejohanan,” katanya.