Djokovic, 30, bagaimanapun bukan kalah ketika menentang pemain Republik Czech, Tomas Berdych itu tetapi terpaksa menarik diri ketika ketinggalan 6-7, 0-2 akibat mengalami kecederaan siku yang serius.

Pemain dari Serbia itu turut mengakui, dia tidak menolak kemungkinan akan menjalani pembedahan bagi memulihkan kecederaan itu. Namun buat masa ini seboleh-bolehnya dia mahu mengelak daripada berbuat demikian dan hanya mahu berehat panjang. - AFP