Djokovic ketika ini dalam kempen memburu gelaran keenam ATP Final di London O2 Arena.

Ini juga adalah kali ke-11 penampilan Djokovic dalam pentas ATP Final dan telah mengesahkan slot ke separuh akhir buat kali kelapan.

“Zverev mempunyai pukulan yang amat kuat namun terdapat beberapa kelemahan dia yang memihak saya dalam perlawanan tersebut.

“Selepas ini saya akan menikmati masa berkualiti bersama keluarga sebelum bersedia menghadapi aksi terakhir peringkat kumpulan,” kata Djokovic.

Jaguh dunia berkenaan akan berdepan Marin Cilic pada Jumaat dalam aksi terakhir peringkat kumpulan sebelum melangkah ke saingan empat terakhir. - AFP