Juara 12 kali Grand Slam itu menewaskan pemain wildcard dari Sepanyol, Nicolas Almagro dengan keputusan 6-1, 4-6, 7-5 pada pusingan kedua dan selepas ini di jadual menentang Feliciano Lopez.

Kata Djokovic, 29 tahun, beraksi tanpa jurulatih memerlukannya lebih masa bagi membiasakan diri beraksi sendirian sebelum melantik jurulatih baharu.

Dalam pada itu, Rafael Nadal turut melangkah ke pusingan ketiga selepas meraih kemenangan ke atas pemain Itali, Fabio Fognini.

Jaguh Sepanyol itu menang dengan keputusan 7-6, (7-3), 3-6, 6-4 dalam tempoh masa tiga jam dan selepas ini akan bertemu lawan dari Australia, Nick Kyrgios.

Sementara itu, Djokovic berkata, dia akan melantik jurulatih baharu sebelum aksi Terbuka Perancis iaitu pada 28 Mei ini.

“Saya akan memikirkan siapa yang saya mahu dalam pasukan saya dan buat masa ini masih belum ada calon sesuai.

“Bagaimanapun saya berpendapat sebelum Terbuka Perancis bermula saya akan mempunyai jurulatih.

“Saya faham ketika ini semua orang cuba untuk membuat spekulasi siapa bakal menjadi jurulatih saya,” kata Djokovic. - AGENSI