Kemenangan itu juga merupakan kejuaraan Grand Slam yang ke-14 buat Djokovic seterusnya menyamai rekod Pete Sampras.

Pemain Serbia itu yang beraksi pentas akhir Terbuka AS buat kali kelapan merupakan juara pada 2011 dan 2015 kini ketinggalan tiga kejuaraan Grand Slam di belakang Rafael Nadal dan enam di belakang Roger Federer yang merupakan pemegang rekod Grand Slam terbanyak iaitu 20 kali.

“Saya mahu katakan kepada Pete, saya sayang kamu dan kamu idola saya,” kata Djokovic ketika ditanya akan kejayaannya itu. - AFP