Pemain Serbia itu menikmati lima bulan yang indah walaupun Khachanov menamatkan 22 kemenangan berturut-turutnya sekali gus gagal menyamai rekod Rafael Nadal meraih gelaran ATP Masters 1000 yang ke-33 tetapi selepas tewas 7-5, 6-4.

Untuk rekod, Stefanos Tsitsipas merupakan pemain terakhir menewaskan pemenang grand slam 14 kali itu dalam saingan Piala Rogers dan kali ini, pemain berusia 22 tahun itu berjaya mengatasi wakil Serbia berkenaan untuk meraih kemenangan terbesar dalam kariernya.

Djokovic memberikan pujian kepada wakil Rusia itu, yang kini menduduki tangga ke-11 dunia, sementara dia memintas Nadal untuk muncul selaku pemain nombor satu dunia, hari ini.

“Khachanov telah bermain dengan baik sepanjang kejohanan ini. Dia berhak meraih kemenangan ini,” katanya. Dia merupakan seorang pemain muda dan dijangka bakal menjadi pencabar utama pada masa akan datang.

“Saya berpuas hati dengan persembahan saya dan bakal menjadi pemain nombor satu dunia mengatasi Nadal. Saya telah meraih lebih daripada 20 kemenangan berturut-turut dan ia merupakan lima bulan yang sungguh menakjubkan bagi saya,” katanya.

Sementara itu, kemenangan tersebut memberi Khachanov motivasi tinggi untuk mencipta lebih banyak kejayaan sebaik musim 2019 bermula.

“Ia kejayaan yang sungguh bermakna. Saya tidak menjangkakan mampu mengakhiri musim dengan gelaran dan ini permulaan dalam karier. Saya sangat gembira dengan pencapaian ini,” ujarnya. - AGENSI