Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Djokovic ‘bermandi peluh’ sebelum singkirkan Simon

NOVAK DJOKOVIC
NOVAK DJOKOVIC

MONACO 19 Apri– Novak Djokovic bermula dengan tidak begitu baik apabila terpaksa ‘bermandi peluh’ terlebih dahulu sebelum pemain No. 2 dunia itu menyingkirkan Gilles Simon 6-3, 3-6, 7-5 dalam kejohanan Monte Carlo Masters.

Pemain dari Serbia itu yang memulakan aksi pada tahun ini dihantui dengan masalah prestasi serta kecederaan menghabiskan perlawanan dalam tempoh dua jam 30 minit.

“Perlawanan ini sangat sukar dengan berlakunya pertukaran momentum. “Sangat memenatkan saya kerana ini merupakan kejohanan pertama di atas gelanggang tanah liat pada musim ini.

“Bagaimanapun, ini adalah permulaan untuk menghadapi Roland Garros,” kata Djokovic yang pernah memenangi Monte Carlo Masters pada 2013 dan 2015.

Setakat ini, pemain berusia 29 tahun itu hanya memenangi satu kejohanan sahaja, Terbuka Qatar pada Januari lalu. Ketika beraksi menentang Simon, Djokovic ketinggalan pada set ketiga bagaimanapun dia berjaya mengatasi pemain di kedudukan 32 dunia itu.

Kali terakhir Djokovic beraksi dalam kejohanan ATP adalah lebih daripada sebulan biarpun dia berjaya memimpin Serbia memenangi Piala Davis pada bulan ini namun terkeluar daripada Miami Masters setelah mengalami kecederaan siku.

Pemain yang layak daripada pusingan kelayakan, Adiran Mannarino mencipta kejutan apabila menyingkirkan pemain pilihan ketujuh yang baharu bergelar bapa, Jo-Wilfried Tsonga 6-7 (3/7), 6-2, 6-3. Itu merupakan perlawanan pertamanya selepas tidak beraksi lebih daripada sebulan. – AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain