“Mental saya berada dalam keadaan baik apabila menjuarai kejohanan ini. Apabila badan saya membenarkan saya untuk melakukan persiapan bagi menghadapi kejohanan seperti ini, saya berasa saya sudah mempunyai kelebihan berbanding pemain lain. Sekarang adalah detik saya untuk meningkat naik,” kata Dimitrov.

Roger Federer dan Rafael Nadal tidak beraksi di pentas final dalam kejohanan tersebut seperti yang diharapkan oleh sebahagian besar peminat namun mereka berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh pemain berusia 26 tahun itu apabila menjadikan perlawanan akhir tersebut paling lama sejak kejohanan itu kembali menggunakan format tiga set pada 2008.

Dimitrov menang dalam tempoh dua jam, 30 minit dan 15 saat, 11 minit lebih lama untuk mengatasi rekod aksi final di antara Federer dan Jo-Wilfried Tsonga pada 2011. - AGENSI