Keyaan Ridzuan, 31, atau lebih dikenali sebagai Dikwan mengekalkannya sebagai antara atlet paling berjaya di Malaysia, selepas mencipta gemilang dalam acara lompat jauh serta pecut sepanjang musim lalu.

Atlet kelahiran Padang Besar, Perlis itu memenangi pingat emas Sukan Para Asia di Jakarta tahun lalu dengan memecah rekod dunia acara 100 meter T36 (cerebral palsy), selain mencipta rekod Asia bagi saingan lompat jauh. Dia juga pulang bersama tiga emas.

“Saya tidak pernah menyangka akan memenangi anugerah ini kerana ramai atlet lain yang turut cemerlang dalam Sukan Para Asia.

“Ia satu penghormatan buat saya menjadi atlet Malaysia pertama memenangi anugerah ini,” katanya, yang turut muncul juara 100m Pada Kejohanan Para Dunia 2015 di Doha. - UTUSAN ONLINE