Sama ada dalam kalangan peminat seni mempertahankan diri atau orang biasa, ramai yang mahu tahu siapa Khabib.

Khabib
 

Bahkan sebalum pertarungan berlaku, hubungan antara kedua-dua jaguh UFC itu sudah tegang dengan pelbagai provokasi terutama oleh McGregor yang turut menghina negara, bapa serta agama Khabib.

Kerana itu ramai yang mahu mengenali Khabib Nurmagomedov lebih dekat. Sudah pastinya semua orang tahu bahawa Khabib merupakan seorang Islam yang taat berasal dari Russia.

Dia dilahirkan di sebuah desa kecil bernama Sildi di Republik Dagestan yang merupakan salah satu wilayah Russia. Dagestan terletak di selatan Russia bersempadan dengan Georgia dan Azerbaijan serta menghadap laut Kaspian.

khabib
Khabid bersama bapanya Abdulmanap Nurmagomedov.

Khabib pernah memuat naik gambar-gambar yang menampilkan tanah kelahirannya itu di instagram yang memperlihatkan penorama yang indah.

Daripada gambar yang dimuat naik itu kelihatan rumah-rumah desa yang berlatarbelakangkan pergunungan hijau dengan kemuncaknya terliaht tompokan putih salji yang sudah pasti ia satu pemandangan yang mengasyikkan.

Penduduk Sildi hanya sekitar 700 orang yang kebanyakannya bekerja sebagai petani dan penternak.

Jarak dari Sildi ke Makhachkala, iaitu ibu negara Dagestan kira-kira 200 kilometer.

Berdasarkan pemandangan ini ditambah pula dengan populariti Khabib, Sildi yang tenang dan damai ini mampu menjadi kawasan tarikan pelancong.

Malah Khabib sendiri sering pulang ke kampung halamannya ini termasuk untuk meluangkan masa melatih remaja di sana.

Dalam salah satu dokumenter tentang dirinya, Khabib pernah mengatakan bahawa dia akan melatih anak-anak muda di Sildi agar menjadi petarung yang hebat. Yang dapat membanggakan nama keluarga dan negara, serta memperbaiki ekonomi mereka.

- UTUSAN ONLINE