Syed Saddiq berkata, beliau terus menghubungi Majlis Sukan Negara dan Kesatuan Olahraga Malaysia untuk meminta penjelasan sebaik mendengar luahan atlet kebangsaan acara lempar cakera, Muhammad Irfan Shamshuddin.

"Ini penjelasan dari mereka. Segala keputusan dibuat secara muafakat dengan semua pihak dan dalam jawatankuasa yang bebas dari campur tangan politik.

"Walau apa pun terjadi, saya bersedia untuk berunding dengan sesiapa pun demi masa depan sukan negara," kata Syed Saddiq sambil berkongsi kenyataan media daripada Majlis Sukan Negara di Facebook beliau.

MUHAMMAD IRFAN SHAMSUDDIN ketika memenangi pingat emas Sukan SEA 2017 di Singapura.
MUHAMMAD IRFAN SHAMSUDDIN ketika memenangi pingat emas Sukan SEA 2017 di Singapura. 

Pemenang pingat emas Sukan SEA ke-29, Muhammad Irfan dalam media sosialnya, mempersoalkan misi dan visi Syed Saddiq dalam memartabkan sukan tanah air.

Menurut Muhammad Irfan, beliau ketika ini tanpa jurulatih dan pergi ke pusat latihan tanpa sebarang peruntukan.-UTUSAN ONLINE