Del Potro, 29, terpaksa bekerja keras pada set kedua untuk menewaskan Ferrer namun dia telah berjaya mencatat rekod kemenangan kelima berturut-turut ke atas lawannya itu sejak beraksi di peringkat suku akhir Wimbledon 2013.

“Pertemuan kami sentiasa berlangsung dengan sengit. Saya bernasib baik (memenangi perlawanan ini). Saya bermain dengan baik dan dapat melakukan servis dengan sempurna,” kata pemain No.8 dunia itu. - AFP