FLOYD MAYWEATHER
FLOYD MAYWEATHER 

Dalam ke­nyataan di media sosial, Mayweather berkata, dia ditipu oleh penganjur yang melamarnya untuk menentang Tenshin Nasukawa pada sambutan Tahun Baharu di Saitama.

“Saya hendak jelaskan di sini, saya, Floyd Mayweather, tidak pernah bersetuju mengadakan pertaru­ngan rasmi dengan Tenshin Nasukawa,” kata Mayweather dalam Instagram miliknya.

Juara welterweight yang te­lah bersara itu berkata, dia terbang ke Jepun minggu lalu bagi me­nyertai satu pertaru­ngan tertutup menentang Na­sukawa melibatkan sekumpulan kecil penonton dalam kalangan orang kaya dengan bayaran lumayan.

“Pertarungan pertunjukan itu diatur untuk tujuan hiburan semata-mata tanpa niat dianjur secara rasmi atau ditayang di televisyen seluruh dunia,” jelas Mayweather.

Sebaik sahaja tiba dalam sidang akhbar di Tokyo pada Isnin, Mayweather, 41, dan pasukannya terkejut dengan perubahan yang dilakukan penganjur. – AFP