Juara pertandingan merebut Perisai Tun Ahmad Sarji tahun 2011 itu melakukan 106 larian untuk tiga wiket dalam hanya 21.3 over dengan Thaqib Umayr Syukran Fadzli bertahan 36 larian tanpa tewas.

“Kami akan melaksanakan misi memburu kejuaraan tahun ini setelah berjaya menghimpun pemain sama sejak tiga tahun lepas,” kata jurulatih dari Sri Lanka, Pubudu Aluwihare.

Semalam, Bukit Petaling mengecewakan Kota Kinabalu dengan lima wiket.

Di gelanggang sama hari ini, Gemencheh dari Negeri Sembilan menghampakan Kota Kinabalu dengan lapan wiket.

Sebuah lagi pasukan dari Selangor, Kuala Langat mengatasi Pekan (Pahang) dengan 15 larian manakala Ipoh kalahkan Kuching dengan enam wiket. Ke­dua-dua pertemuan 25 over itu berlangsung di Kajang Oval.