Brazil yang sebelum ini menduduki ranking No. 2, memintas Argentina yang turun satu anak tangga manakala Jerman berada di ranking No. 3 dunia. Kali terakhir Brazil di tempat sekarang ialah pada tahun 2010.

Negara yang terkenal dengan kehebatan bola sepaknya melonjak ke tangga teratas hasil kejayaan menjadi pasukan pertama di dunia layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia selepas mempamerkan aksi cukup meyakinkan dalam pusingan kelayakan zon Amerika Selatan. - Reuters

Kedudukan ranking 15 teratas

1. Brazil (+1)

2. Argentina (-1)

3. Germany

4. Chile

5. Colombia (+2)

6. France

7. Belgium (-2)

8. Portugal

9. Switzerland (+2)

10. Spain

11. Poland (+1)

12. Italy (+3)

13. Wales (-1)

14. England

15. Uruguay (-6)