Bracciali, 40, didapati bersalah oleh Jawatankuasa Bebas Anti Rasuah dalam sesi pendengaran berhubung dakwaan mengatur perlawanan pada saingan ATP 500 Barcelona 2011 dan turut didenda sebanyak 250,000 dolar (RM1.045 juta).

Sementara itu, rakan senegaranya, Potito Starace turut dikenakan hukuman penggantungan selama 10 tahun dan denda 100,000 dolar (RM417,000) selepas didapati bersalah bagi kesalahan sama.

Bagaimanapun, kedua-dua bekas pemain tenis itu boleh mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara (CAS) sukan.

“Dalam keputusan yang diumumkan hari ini, daripada hasil sesi pendengaran di London pada September lalu, Prof (Richard H) McLaren mendapati (Bracciali) bersalah mengatur perlawanan bagi kejohanan ATP 500 di Barcelona pada April 2011.

“Dia juga didapati bersalah membuat taruhan pada kejohanan itu,” katanya dalam satu kenyataan TIU.

Bracciali ketika ini menghuni kedudukan ranking ke-100 dunia dalam acara beregu manakala untuk perseorangan dia pernah mencapai ranking ke-49 dunia pada 2006 manakala Starce pula pernah menduduki ranking ke-27 dunia pada 2007. – REUTERS