Kejayaan itu menyaksikan dia berjaya memperbaiki pencapaian pingat perak yang diraihnya di Sukan Olimpik Rio, tahun lalu.

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio, Elaine Thompson gagal memberikan saingan selepas menamatkan saingan di kedudukan kelima.

Bowie memulakan aksi cemerlangnya dengan memintas Marie-Josee Ta Lou dari Ivory Coast sebelum terjatuh di garisan penamat dengan catatan 10.85s.

Ta Lou menyangka dia adalah juara acara itu dan bertindak meraikannya tetapi sebenarnya dia tewas kepada Bowie dengan perbezaan 0.01s.

“Saya tidak sangka akan menang yang saya tahu saya jatuh di garisan penamat,” katanya.-AFP