Pemain Kanada itu menundukkan Sharapova, 7-5, 2-6, 6-4 iaitu kemenangan pertamanya ke atas bintang Rusia tersebut dalam lima pertemuan mereka, sekali gus bakal berdepan pilihan utama, Angelique Kerber dari Jerman.

Pertemuan tersebut muncuri tumpuan selepas Bouchard sebelum ini menggelar Sharapova sebagai ‘penipu’, malah mencadangkan agar bekas pemain No. 1 dunia itu digantung seumur hidup selepas diuji positif Meldonium pada Terbuka Australia 2016.

“Saya benar-benar mempunyai motivasi tambahan untuk ber­aksi hari ini.

“Saya sebenarnya telah mendapat motivasi sebelum perlawanan kerana ramai pemain yang menyokong saya secara diam dengan mengucapkan selamat maju jaya,” ujarnya. – AFP