JUARA Olimpik, Usain Bolt (tengah) bergaya di depan tugunya selepas majlis perasmian disempurnakan di Statue Park, Stadium Nasional Kingston, Jamaica, hari ini. - REUTERS

Tugu itu yang dibina oleh kerajaan Jamaica di depan stadium yang menyaksikan Bolt memenangi kejohanan remaja kira-kira 15 tahun lalu sebelum dia memperkenalkan dirinya kepada dunia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Andrew Holness.

“Ini merupakan salah satu detik paling hebat sepanjang karier saya. Memiliki tugu sendiri di Stadium Nasional di mana karier saya bermula, tiada kata-kata yang mampu saya ucapkan, saya cuma gembira dan amat teruja,” kata Bolt kepada Reuters selepas majlis perasmian.

Tugu tersebut diukir dengan gaya trademark `lightning Bolt’ oleh artis terkenal Jamaica, Basil Watson. Trademark tersebut sering ditunjukkan Bolt setiap kali dia mencipta rekod dunia dalam acara 100 dan 200 meter sewaktu memenangi 11 gelaran dunia dan lapan pingat emas Sukan Olimpik. - REUTERS