Pemenang 11 pingat emas Kejohanan Dunia itu juga mengesahkan bahawa dia tidak akan bersaing dalam acara 200m di Stadium London.

“Kami masih belum melakukan pertukaran baton dengan pelari lain tetapi saya rasa kami sudah bersedia.

“Saya sudah bercakap dengan Julian Forte mengenai perkara itu kerana saya tidak banyak bercakap dengan atlet-atlet muda dan saya sentiasa teruja untuk menyertai acara ini,” katanya.

Menerusi acara itu, hanya Yohan Blake memiliki pengalaman selain pernah merangkul kejuaraan di Kejohanan Dunia dan Olimpik.-REUTERS