Selain Shalin, skuad negara yang diwakili Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Sin Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Natasha Roslan mengetepikan cabaran musuh ketat Singapura menerusi jatuhan pin 214-209 dan 188-177 pada final yang berlangsung di South Point Bowling Center.

Sebelum ini, Malaysia pernah meraih emas acara berpasukan wanita dua kali iaitu di Kuala Lumpur pada 2003 dan Monterrey, Mexico pada 2007. - UTUSAN ONLINE