Skuad boling wanita negara yang dibarisi Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Cheah Mei Lan, Natasha Mohamed Roslan, Sin Li Jane dan Shalin Zulkifli memperoleh pingat perak selepas mengumpul 8,149 jatuhan pin.

Pingat emas menjadi milik pasukan Korea Selatan dengan jumlah 8,338 jatuhan pin manakala pingat gangsa diraih Taiwan dengan 7,969 jatuhan pin. - UTUSAN ONLINE