Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Zola tinggalkan Birmingham

GIANFRANCO Zola melepaskan jawatannya selaku pengurus Birmingham
GIANFRANCO Zola melepaskan jawatannya selaku pengurus Birmingham selepas gagal memberikan keputusan cemerlang selepas hanya empat bulan mengambil tugasan itu.

LONDON 18 April - Gianfranco Zola meletakkan jawatan selaku pengurus Birmingham selepas gagal memberikan keputusan cemerlang kepada kelab itu sejak mengambil alih tanggungjawab itu empat bulan lalu.

Pengendali Itali berusia 50 tahun itu dilantik dengan penuh kontroversi oleh pemilik kelab dari China selepas memecat Gary Rowett yang berjaya membawa kelab itu ke pusingan playoff, Disember lalu.

Bagaimanapun, Zola melihat kelab itu berdepan kedudukan sukar selepas hanya merekodkan dua kemenangan daripada 22 perlawanan selain kekalahan 0-2 kepada Burton dalam saingan Liga Kejuaraan dan berada hanya tiga mata daripada zon penyingkiran dengan aksi musim ini berbaki tiga perlawanan.

“Saya memecat diri saya. Saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

“Saya meminta maaf kerana saya datang ke Birmingham dengan harapan yang sangat besar.

“Nasib tidak menyebelahi saya kerana keputusan yang diraih sangat buruk dan saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara ini,” kata Zola.-AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain